Banner

User Rating: / 3
PoorBest 
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memantau aktiviti-aktiviti berkaitan skim pelaburan secara pawah yang ditawarkan kepada orang ramai dalam ternakan ikan Arowana di Bukit Merah, Perak.
 
Hasil pemantauan mendapati skim-skim pelaburan tersebut memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh seksyen 84 Akta Syarikat 1965 untuk diklasifikasikan sebagai Skim Kepentingan di bawah Akta Syarikat 1965.
 
Secara amnya, Skim Kepentingan bermaksud penglibatan satu kumpulan pelabur secara kolektif dalam sesuatu kepentingan melalui sumbangan wang. Antara kriteria-kriteria yang dimaksudkan di atas adalah seperti berikut:
 
(a)    Peserta dikehendaki membuat bayaran kepada syarikat, sama ada secara tunai atau sebagainya untuk menyertai skim yang ditawarkan;
(b)   Peserta bukan merupakan pemegang syer dalam syarikat penganjur ;
(c)    Peserta tidak terlibat dalam pengurusan skim tersebut ;
(d)   Peserta mempunyai kepentingan dalam perniagaan atau skim yang ditawarkan sebagai contoh:
(i) mempunyai kepentingan dalam keuntungan, aset atau realisasi di dalam perniagaan skim tersebut ; atau
(ii) dijanjikan pulangan atau keuntungan atau dipengaruhi untuk mengharapkan faedah daripada usaha-usaha penganjur.
 
Kehendak Akta Syarikat 1965 adalah, hanya syarikat awam (berhad) sahaja yang dibenarkan menganjurkan skim kepentingan dan skim tersebut hendaklah didaftarkan di SSM serta perlu mamatuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, yang bertujuan untuk melindungi pelaburan yang dibuat oleh pelabur dalam aktiviti-aktiviti skim pelaburan yang ditawarkan.
 
SSM mengklasifikasikan skim ternakan ikan Arowana ini sebagai skim kongsitani dan sehingga kini hanya satu skim sahaja yang didaftarkan di bawah kategori ini iaitu skim tanaman kelapa sawit. Justeru itu, mana-mana pelaburan yang dianjurkan secara pawah dalam skim ternakan ikan Arowana tidak dilindungi kerana tidak didaftarkan di SSM.
 
SSM menasihatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan skim pelaburan secara pawah dalam penternakan ikan Arowana supaya mendaftakan skim tersebut di SSM. Sekiranya didapati aktiviti penawaran pelaburan dalam skim tersebut masih dijalankan tanpa didaftarkan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat.
 
Sehubungan itu, SSM ingin menasihati orang ramai supaya tidak melabur dalam skim tersebut sehingga pihak penganjur mendaftarkan skim yang dianjurkan itu di SSM.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Kepentingan, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Skim Kepentingan, Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran di nombor telefon seperti berikut 03-2299 4400 atau melayari laman sesawang SSM di www.ssm.com.my atau hadir ke mana-mana Pejabat Negeri SSM seluruh negara.
 
 
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 16JUN 2010

 

presented by camp26
836060
TodayToday12
YesterdayYesterday143
This WeekThis Week551
This MonthThis Month2067
All DaysAll Days836060
Statistik created: 2018-09-20T21:26:00+08:00
54.80.58.121
US
UNITED STATES
US

This page uses the IP-to-Country Database provided by WebHosting.Info (http://www.webhosting.info), available from http://ip-to-country.webhosting.info